Google Ads: Belanja Iklan di Google Ads RM150 dan Google akan berikan anda lagi RM150 untuk anda belanja Ads.
September 23, 2018
Show all

APA ITU E-DAGANG

Semakin hari semakin banyak mengenai e-dagang yang dapat kita lihat dan dengari samada di siaran televisyen, sosial media, blog dan surat khabar. “Mengapa e-dagang menjadi perbualan orang ramai sekarang terutamanya usahawan?” Ini kerana e-dagang dapat memberi begitu banyak manfaat kepada para usahawan di seluruh dunia. “ Sebenarnya usahawan di negara barat sudah lama menggunakan teknik berniaga secara e-dagang ini, tetapi kita di Malaysia baru bermula untuk mempratikkannya ketika berniaga. Tetapi tidak mengapa kerana bab kata orang “biar lambat asal jangan ketinggalan langsung kan”

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan e-dagang?

E-dagang sebenarnya adalah membeli dan menjual sesuatu produk atau servis oleh para usahawan dan pengguna melalui media elektronik seperti radio, televisyen, komputer dan telefon pintar. E-dagang kebanyakkannya menggunakan rangkaian internet untuk berhubung antara pembeli, pengguna dan penjual. Akan tetapi sebarang urusan yang melibatkan media elektronik juga boleh dianggap sebagai E-dagang, contohnya pembelian sebarang produk melalui siaran televisyen seperti yang kita dapat ketahui di Malaysia iaitu “CJ WOWSHOP”. Pengguna hanya perlu menelefon atau melayari laman web “CJ WOWSHOP” untuk membeli dan membayarnya dengan hanya menggunakan transaksi perbankan atas talian. Kemudahan seperti ini yang dimahukan oleh para usahawan kerana ianya mempercepatkan dan menyenangkan urusan mereka antara pelanggan.

Antara contoh senang E-dagang yang dapat kita lihat adalah seperti kita sedang membeli dan menjual sesuatu produk di laman web seperti Lazada, Shopee, Lelong, Mudah, Amazon, Ebay lalu membayarnya melalui perbankan atas talian seperti Maybank2u dan Paypal. Sistem pengeposan seperti Pos laju, GDex dan Skynet juga dikatakan sebagai E-dagang.

Kini E-dagang semakin berkembang dengan pesat, makin ramai usahawan yang sudah sedia ada dan usahawan baru bermula untuk berjinak dalam penguasaan E-dagang. Para usahawan di Malaysia harus bergerak seiring dengan arus deras pergerakan E-dagang yang selalu maju ke hadapan untuk berada seiring dengan teknologi terkini.